BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

29 November, 2010

Renungan

 
Setiap kesabaran akan diganti dengan kemenangan
Setiap kedukaan akan berganti dengan kebahagiaan
Setiap perpisahan pasti bermula dengan satu pertemuan
Setiap yang berakhir akan bertukar dengan suatu Permulaan
‘Setiap kejadian tuhan pasti ada hikmahnya... ‘

25 November, 2010

Kominusi



Modul 2 


KOMINUSI


2.1       Pendahuluan

Secara umumnya adalah sukar untuk menemui mineral yang wujud secara bebas dan boleh digunakan terus di dalam sesuatu industri atau untuk kegunaan harian tanpa dilakukan proses pengekstrakan terlebih dahulu. Oleh kerana mineral berharga seringkali berlaku bersama-sama mineral lain atau secara berselerak di dalam batuan, maka pembebasan mineral adalah suatu kemestian di dalam litar pemprosesan mineral. Proses pembebasan ini dijalankan dengan melakukan proses  penyusutan atau pengurangan saiz partikel sehinggalah partikel mineral berharga dapat dikeluarkan sebelum proses pemisahan selanjutnya dapat dilakukan. Proses penyusutan saiz ini selalunya dilakukan secara berperingkat-peringkat iaitu dimulai dengan peletupan, pemecahan dan pengisaran. Walau bagaimanapun peringkat-peringkat ini tidak semesti ada dalam setiap litar pemprosesan mineral. Sebagai contoh, jasad bijih yang telah mengalami proses perluluhawaan, proses pembebasan mineral memadai dengan hanya menggunakan satu  peringkat penyusutan saiz sahaja iaitu pengisaran (akan dibincangkan dengan terperinci di dalam  bab 4). Proses penyusutan saiz partikel ini dikenali sebagai proses kominusi. Kominusi adalah merupakan peringkat  pertama dan paling penting terutamanaya untuk memproses bijih yang wujud di dalam batuan keras,  kuari dan kilang simen. Walaupun proses ini nampak mudah tetapi ia adalah merupakan satu unit proses yang sukar untuk difahami. Keperluan untuk memahami maksud dan juga perlatan atau mesin kiminusi ini  akan menjadikan operasi menjadi lebih cekap, berpengetahuan dan skil yang boleh menyumbangkan kepada keseluruhan operasi dan seterusnya menjimatkan dari segi kos operasi dan kelancaran dari sudut pengeluaran.

Pada peringkat awal, proses kominusi dilakukan untuk memberikan kemudahan dalam pengangkutan bahan atau bijih dari kawasan lombong ke loji pemprosesan mineral sahaja. Tetapi dengan perkembanagan berbagai industriu kepentingannya semakin meluas dan merangkumi berbagai industri dan berbagai maksud. Misalnya dalam industri simen pula proses kominusi dilakukan untuk mendapatkan batuan yang mempunyai saiz yang dikehendaki untuk penghasilan klinker dan dilakukan proses kominusi seterusnya bagi penghasilan simen.

Dalam industri mineral, proses kominusi sangat penting dilakukan sebelum proses pengasingan ataupun proses pengekstrakan dapat dibuat. Di samping bertujuan untuk membebaskan mineral berharga daripada mineral reja, peralatan pengasingan yang berlainan juga memerlukan saiz bahan suapan yang berbeza mengikut kesesuaian dan kemampuan mesin tersebut. Oleh yang demikian kominusi adalah diperlukan untuk menyediakan bahan suapan yang sesuai untuk mesin ataupun alat pemprosesan seterusnya. Jika sesuatu alat pemprosesan menerima bahan suapan yang bersaiz diluar kemampuannya maka pemisahan tidak dapat dilakukan dengan baik ataupun prestasinya akan menurun dan mungkin boleh merosakkan alat tersebut. Proses kominusi tidak hanya tertumpu kepada bidang pemprosesan mineral sahaja malah telah digunakan secara meluas dalam bidang pengkuarian untuk penyediaan aggregat. Saiz aggregat yang dihasilkan oleh sesebuah kuari bergantung sepenuhnya terhadap permintaan daripada pengguna. Justeru, sebuah kuari akan berbeza dengan sebuah kuari yang lain bukan sahaja dari sudut kewujudan batuan di kuari tersebut misalnya batu kapur, batu pasir dan batuan granit tetapi juga saiz dan bentuk aggregat yang dihasilkan. Kominusi juga memainkan peranan yang penting di dalam bidang pengekstrakan  mineral menggunakan kaedah hidrometallurgi. Proses kominusi diperlukan untuk menyediakan bahan suapan yang mempunyai saiz partikel yang sesuai di samping menyediakan permukaan baru yang bersih untuk ditindakbalas oleh bahan kimia ataupun bahan pelarut dengan lebih berkesan.

Berdasarkan kepada beberapa kepentingan yang dinyatakan tadi maka tidak hairanlah bidang ini telah menjadi satu topik yang sering dibincangkan oleh jurutera-jurutera pemprosesan mineral dan juga pakar-pakar yang terlibat dengannya. Namun begitu suatu keputusan yang khusus masih belum lagi diterima secara sepakat. Dengan kata lain masih banyak penyelidikan dan penemuan yang harus diketemukan sebelum penerimaan secara universal dapat dibuat.

Secara umumnya, peletupan adalah peringkat pertama di dalam proses penyusutan saiz dan boleh dikategorikan sebagai peringkat pertama proses kominusi, walau bagaimanapun dalam litar pemprosesan mineral, peringkat pertama kominusi seringkali merujuk kepada proses penghancuran dan diikuti oleh proses pengisaran. Proses kominusi selalunya melibatkan beberapa peringkat penghancuran dan pengisaran. Unit pengkonsentratan selalunya terdapat di dalam litar kominusi, untuk mengelakkan pengisaran lampau berlaku ke atas partikel, contohnya penggunaan skrin dan siklon untuk mengkelas dan mensaizkan partikel sebelum proses pengasingan dapat dibuat. Produk yang dihasilkan oleh alat penghancur dan alat pengisar akan melalui proses pensaizan supaya hanya partikel kasar sahaja dikisar pada peringkat ke dua ataupun dikitar semula oleh mesin tersebut. Pengisaran lampau perlu dielakkan untuk mengurangkan pembaziran tenaga. Di samping itu kecekapan proses pengkonsentratan juga akan menurun secara mendadak dengan penurunan saiz partikel yang diproses.

Pengurangan saiz partikel dibuat mengikut peringkat-peringkat bergantung kepada saiz partikel suapan dan saiz partikel produk yang diperlukan. Kedua-dua penghancur dan pengisar boleh dibahagikan kepada peringkat primer, sekunder dan tertiar. Setiap peringkat ini merujuk kepada jenis alat penghancur dan juga alat pengisar yang digunakan. Dalam operasi penyusutan saiz tidak semua peringkat ini diperlukan, misalnya suapan yang diterima adalah bersaiz 5 cm maka penghancuran adalah tidak diperlukan. Penyusutan saiz boleh bermula dengan pengisaran peringkat pertama iaitu dengan menggunakan pengisar rod.

Motivation

"If someone feels that they had never made a mistake in their life,
then it means they had never tried a new thing in their life".- Albert Einstein