BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

22 October, 2010

Mukhadimah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatoh.
Selawat dan Salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. keluarga, serta sahabat Baginda semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas mereka. Doa khusus buat emak dan apak agar roh kalian dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama roh yang mendapat kasih sayang Allah. Kepada guru-guru islam yang telah mendidik saya, didoakan agar dirahmati dan diberikan pahala yang bertali arus. Kepada guru yang bukan beragama islam terima kasih saya ucapkan semoga Allah memberikan hidayah kepada kalian.
Bersyukur saya kehadrat Allah, kerana dengan rahmat dan izinNya ruang ini dapat dipaparkan kepada semua. Alhamdullilah, syukur yang tidak terhingga kerana Allah telah memilih saya untuk dipinjamkan ilmu ini buat seketika, sebagai tanda syukur itu akan saya kongsikan sebanyak mungkin pengetahuan ini kepada sesiapa yang berminat dan merasakan ianya berfaedah.

Penulis

0 comments: